Sekali Lafaz, Nazim Othman Sah Jadi Suami Bella Dally

10 September 2016. 2.07 PM
228,330
Hiburan
Sekali Lafaz, Nazim Othman Sah Jadi Suami Bella Dally

Pelakon Nazim Othman, 32, sah menjadi suami kepada aktres Bella Dally, 25, dengan sekali lafaz di majlis pernikahan yang berlangsung pada jam 9.53 pagi tadi di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah.

Sedondon mengenakan busana putih di majlis tersebut, Bella menerima tujuh dulang hantaran dan mas kahwin sebanyak RM300 manakala Nazim menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak Bella.

Majlis akad nikah Bella dan Nazim dikendalikan Pegawai Agama Istana Negeri Sabah merangkap jurunikah, Imbran Angun dan dihadairi keluarga, teman rapat dan pihak media.

Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan pada Sabtu depan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru.

Sebelum ini, Nazim dan Bella yang berkawan rapat semenjak 2013 melangsungkan pertunangan pada November tahun lalu.

Jom kita lihat beberapa keping foto pernikahan mereka:





















Sumber: BH Online.

Kredit foto: Instagram @orangputihkita, @rizmanruzaini, @galeriariani


Artikel Berkaitan


Komen