Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum finalis Gegar Lawak, Kiut, Padil, Eyya, Abata dan 2B bersaing untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50 000.

Secara keseluruhan, kelima-lima peserta sering memberikan persembahan yang hebat dan konsisten setiap minggu.



Namun mengikut perhatian Astro Gempak di laman sosial, rata-rata peminat meramalkan kumpulan Kiut bakal menjadi juara.

Sepanjang lapan minggu bersiaran, kualiti persembahan Kiut tidak pernah menghampakan dan mereka juga berjaya merangkul tahta ‘Man On Demand’ sebanyak empat kali.

Malah pelakon Sharnaaz Ahmad yang hadir menyaksikan program Gegar Lawak sebelum ini juga turut memberikan sokongannya kepada kumpulan berkenaan.



Bagaimanapun, kehebatan empat peserta lain juga tidak boleh dipandang ringan kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri hingga melayakan mereka bertanding di pentas akhir.

Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan peminat:







Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.

Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.

Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.

Pentas akhir Gegal Lawak bakal menyaksikan Nabil Ahmad sebagai juri jemputan.

Gegar Lawak bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK

Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.

Teks oleh: Mya Amri