Isteri Tak Sekat Kebebasan Aliff Aziz Untuk Berlakon Watak Romantik

11 September 2016. 5.57 AM
63,936
Hiburan
Isteri Tak Sekat Kebebasan Aliff Aziz Untuk Berlakon Watak Romantik

Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 22, memahami kerjaya suaminya sebagai seorang anak seni.

Menurut Bella, dia tidak akan menyekat kebebasan Aliff untuk berlakon atau menyanyi setelah bergelar suami.

"Saya memahami kerjaya Aliff. Saya tiada halangan dan tidak akan meletakkan batas untuk Aliff berlakon dengan aktres wanita lain. Dia sangat berbakat dan tiada sebab untuk saya sekat.

"Kadang-kadang, jika ada satu babak romantik, saya yang membantu Aliff dan memberikan nasihat agar dia buat dengan lebih lagi. Saya faham itu semua hanyalah lakonan yang menjadi sebahagian kerjaya Aliff," kata Bella yang ditemui usai majlis resepsi perkahwinan mereka di Menara Top Glove, Setia Alam pada Jumaat.

Tambah Aliff, dia bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang sangat memahami kerjayanya sebagai seorang insan seni.

"Bella sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon dan penyanyi. Dia memberikan saya kata-kata ransangan dan menjadi penyokong utama saya. Kerjaya saya selepas berkahwin berjalan seperti biasa," kata Aliff.

Ketika ditanya mengenai perancangan cahaya mata, Aliff, 25 dan isteri tidak meletakkan sebarang sasaran dan berserah kepada rezeki.

"Bercakap mengenai zuriat, kami tidak kisah. Jika ditakdirkan kami menimang zuriat secepat mungkin, kami bersyukur dengan perkara itu. Kami serahkan semuanya kepada ketentuan Allah," kata Aliff lagi.

Bernikah pada jam 12.30 tengah hari, Jumaat, majlis tersebut diadakan secara tertutup atas permintaan keluarga.

Kredit foto: Instagram @rbcinfinite @cinestylesingapore @rbcinfinite @republicofmemories @rbcinfite and @promediabroadcast




















Artikel Berkaitan


Komen