Pelakon Sherry Ibrahim sudah memaafkan pihak bertanggungjawab yang cuba membuat provokasi di akaun Instagramnya semalam.

Sherry menerusi entri di Instagram memberitahu walaupun tiada sebarang bukti yang boleh mengesahkan insiden penggodaman akaun perancang perkahwinan terkenal itu dia enggan memanjangkan isu berkenaan.

"Kami telah berbincangn mengenai perkara ini baru-baru ini dan pihak tersebut telah memberikan penerangan kepada Sherry bahawa akaun mereka telah digodam.

"Namun, secara personal tiada sebarang bukti kukuh untuk mengesahkan kejadian itu. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui.

"Tidak kiralah sesiapa pun yang telah menulis komen di akaun Instagram Sherry, perkara ini telah menimbulkan provokasi kedua belah pihak Sherry dengan pengikut di kedua belah pihak.

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on


"Dengan ini, Sherry dengan hati yang terbuka memaafkan pihak yang telah mencetuskan perkara tersebut dan juga pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perkara ini," tulisnya.

Sherry bagaimanapun menutup ruangan komen pada entri berkenaan.

Sebelum ini, pelakon itu mendakwa pihak yang menggunakan akaun @rekateemor telah cuba mencetuskan provokasi antaranya dan bekas kekasih, Fattah Amin yang baru melangsungkan perkahwinan.

Baca: "Dah Tengok Wedding Fattzura?" - Komen Pereka Pelamin Fattzura Cetus Amarah Sherry Ibrahim

Komen berbaur sindiran itu membuatkan Sherry berang dan menyifatkan tindakan perancang perkahwinan itu membuka ruang kepada pelbagai risiko lain.

Bagaimanapun, pihak Reka Teemor tampil memberikan penjelasan mengenai insiden berkenaan memberitahu akaun mereka telah digodam.

Netizen pada masa sama turut berpendapat pelakon itu terlalu cepat melatah memandangkan situasi sama pernah berlaku kepada selebriti antarabangsa Victoria Beckham.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @sherryibrahim