Dua minggu lalu juara Gegar Vaganza 4, Aishah berkongsi detik menjalani pembedahan pintasan usus, Bariatrik Surgery dan hasilnya penyanyi itu sudah susut 7.7 kilogram.
Penurunan berat badan yang drastik itu mendapat perhatian netizen bertanyakan tips dan cara pantas untuk lebih kurus.
Aishah akhirnya berkongsi detik pembedahan dan 10 tips selepas menjalani prosedur berkenaan.
1. Kita kena jelas mengapa kita buat keputusan untuk pembedahan ini. Kalau sudah nama pembedahan, potong sana sini, mestilah ada tahap sakit yang mesti dilalui.
Kita kena realistik dalam hal itu.
Tapi ubat-ubatan moden boleh bantu kawal tahap kesakitan itu.
2. Bila dah nekad nak buat,
buatlah sungguh-sungguh. Carilah moral dan kumpulan sokongan yang boleh membantu.
3.
Jangan malas! Sehari selepas pembedahan saya dayakan bangun dan berjalan. Lagi cepat kita cergas lagi cepat kita dapat capai niat kita.
4.
Senyum selalu! Perjalanan seterusnya ialah peperangan antara nafsu hendak makan dgn keperluan makanan sebenar kita.
Perjalanan ini memang 'tricky' kerana selama ini kita keliru di atara nafsu nak makan tanpa mendengar signal perut yang kata 'dah kenyang'.
5. Sekarang perut yang dulu boleh terima tiga pinggan nasi sekarang boleh masuk 30ml-50ml saja.
Kita kena ajar diri kita semula secara mental yang badan kita perlu setakat ini saja. Kita kena perlahan-lahan mencuba makan apa yang perut kita boleh terima.
6. Pembedahan ini bukan 'shortcut' untuk turunkan berat badan, selebihnya
kita kena usaha sendiri.
Calon-calon pembedahan ini termasuk dalam kategori
'morbid obesity' dan pelbagai penyakit.
This is about getting back the quality of life you deserve.
7.
Berdoalah semoga Allah permudahkan urusan kita.
8.
Dengar nasihat doktor dan jangan memandai-mandai.
9.
Carilah sebanyak boleh info mengenai pembedahan ini dan fahami.
10. Saya bukan pakar, saya sekadar berkongsi pengalaman. Hari ke-15 dan saya sudah hilang 7.7 kilogram.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG
@aishahjmmPelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev