Baru menginjak usia 23 tahun, Datin Eina Azman dihadiahkan suaminya sebuah kereta mewah dipercayai jenis Mercedes sempena hari jadinya baru-baru ini.

Menerusi kemas kini Instagramnya, Eina terkejut apabila dihadiahkan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada malam sambutan hari jadinya di sebuah hotel ibu kota.

"Syukur Alhamdulillah... Terima kasih sayang untuk majlis hari jadi yang menakjubkan.

"Saya sangat gembira! Perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

"Terima kasih sayang kerana menjadi suami dan ayah yang baik," tulis Eina di Instagram.

Eina dan Kaiser telah berkahwin pada 31 Ogos 2014.

Majlis itu meraih perhatian umum apabila pelakon itu dihadiahkan sebuah kereta Chevrolet Camaro sebagai hantaran perkahwinan.

Pasangan itu dikurniakan sepasang anak kembar berusia dua tahun, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @eina_azman