Kerana Tombiruo, Zul Ariffin Gembira Walau Calar Balar

12 September 2016. 4.21 AM
237,875
Hiburan
Kerana Tombiruo, Zul Ariffin Gembira Walau Calar Balar

Pelakon kacak Zul Ariffin gembira dapat menjayakan watak aksi walaupun berhadapan dengan kecederaan kecil.

Terbaru, Zul menjayakan watak Ejim dalam sebuah filem aksi terbitan Astro Shaw, Tombiruo Penunggu Rimba.

"Kecederaan kecil sudah menjadi perkara biasa apabila menjayakan watak sebegini. Hal ini terjadi kerana saya melakonkan babak aksi sendiri.

"Sudah pasti ada 'hadiah' calar balar yang akan saya bawa pulang setiap hari sepanjang penggambaran babak aksi berlangsung. Namun begitu, saya cukup gembira dan berpuas hati dapat menjayakan filem ini," kata Zul kepada Astro Gempak.

BACA: Zul Ariffin Turun 13KG, Bina Six Pack Demi Tombiruo

Berhadapan cabaran untuk melakonkan watak utama yang mempunyai kurang dialog, Zul melebihkan gerakan tubuh dan eye contact.

"Walaupun saya memegang watak utama, karakter Ejim menuntut saya untuk menuturkan dialog yang sangat minima.

"Untuk memberikan lebih kesan terhadap watak, saya melebihkan aksi gerakan tubuh serta eye contact. Pengalaman menjayakan watak sebegini menjadi satu pengalaman baru dalam karier lakonan saya," katanya lagi.

BACA: Peminat Tak Sabar Nak Tahu Siapa Hero Tombiruo

Naskah arahan Nasir Jani dan Seth Larney ini merupakan sebuah filem adaptasi novel karya penulis terkenal Ramlee Awang Murshid.

Selain Zul, pelakon ternama seperti Farid Kamil, Nabila Huda, Dynas Mokhtar, Datuk M. Nasir dan Datin Marlia Musa turut menjayakan filem ini.

BACA: Pegang Watak Amiruddin, Cabaran Farid Kamil Berdepan Penonton


Artikel Berkaitan