Penyanyi Hafiz Suip terpaksa akur apabila perlu menjalani rawatan akibat kecederaan pada tulang belakangnya (slipped disc).
Hal itu dimaklumkan oleh Hafiz di laman Instagramnya hari ini.
Hafiz juga berkongsi foto yang merakamkan dirinya sedang menerima rawatan.
“Ya Allah kau permudahkan segala urusan ku. Slip disc datang lagi dengan permainan baru!!!” tulisnya ringkas.
Menerusi ruangan komen foto berkenaan, peminat mendoakan agar segala urusan perubatan Hafiz dipermudahkan dan cepat sembuh.
Hafiz sebelum ini pernah di masukkan ke sebuah hospital akibat kecederaan yang sama pada tahun 2015.
Foto: Instagram @hafizsuip
Takdir Itu Milik Aku: Shaheizy Sam & Emma Maembong Berjaya Buat Peminat Marah & Geram! | Singgah Set
Cik Bam ke lokasi salah sebuah drama yang tengah trending sekarang ini untuk meninjau pembikinan salah satu babak yang telah meruntun jiwa para penonton Takdir Itu Milik Aku. Lakonan Sam dan Emma memang betul-betul padu sampaikan penulis karya terbaik, Siti Rosmizah pun menitiskan air mata. Nak tahu lebih lanjut, jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita