Finalis Gegar Lawak, Padil, mengakui ingin mengekalkan loghat Terengganu ketika melakukan persembahan.

Padil atau nama sebenarnya Ahmad Fadhil Jusoh, 31, berkata, sebagai seorang anak kelahiran Terengganu dia harus kekalkan bahasa yang digunakan supaya dapat menjadi kebanggan negeri itu suatu hari nanti.

"Saya ingin kekalkan mengunakan penggunaan loghat Terengganu dalam persembahan kerana itu merupakan keunikan yang ada pada saya.

"Sebagai contoh kita lihat Zizan setiap kali melakukan persembahan sudah pasti dia akan menggunakan loghat ini dan membuatkan penonton ketawa.

"Bagi saya tidak salah untuk menggunakan loghat Terengganu sepenuhnya asalkan pengguna bahasa yang digunakan itu orang mudah faham, kalau orang tak faham susah pula nanti.

"Namun saya akan cuba juga untuk menggunakan loghat negeri lain dalam persembahan supaya orang tidak bosan," katanya kepada Astro Gempak.

Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.

Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.

Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap dan Nabil Ahmad sebagai juri jemputan pada minggu akhir ini..

Jangan lupa menyaksikan Gegar Lawak akhir yang akan bersiaran secara langsung pada Jumaat ini, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK

Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.