Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob, 40, dipilih sebagai Usahawan Bakat Khas sempena majlis anugerah Malaysia Outstanding National Entrepreneurs 2018 (The ONE Awards 2018) yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel The Majestic di sini Jumaat lalu.
Anugerah tersebut diberikan kepada anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu di atas usahanya dalam mengusahakan SukaSucre Bistro (SSB) di samping mengangkat martabat industri kulinari tempatan pada tahap antarabangsa.
“Alhamdulillah, usaha saya dalam membangunkan SSB yang mendapat pelbagai kemenangan menerusi aspek makanan dan minuman sejak lima tahun lalu mendapat penghargaan The ONE Awards 2018. Dalam tempoh itu juga, jenama SukaSucre semakin berkembang dengan kewujudan SukaSucre Creatives (SSC) selaku syarikat kreatif serta pengurusan bakat dan produksi di bawah SukaSucre Studio (SSS).
“Tidak terhenti di situ, saya sentiasa memanjangkan langkah bagi mengangkat bidang masakan ke peringkat global sehingga membuka mata rakyat asing dengan kepakaran yang dimiliki,” kata Fazley yang merupakan graduan Victoria University of Wellington, New Zealand, University of Reims Champagne-Ardenne, France dan Le Cordon Bleu (LCB), Paris itu sejurus majlis berkenaan.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan Pengerusi JUMP, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Trofi dan sijil Usahawan Bakat Khas itu disampaikan sendiri oleh Zahid kepada Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Datuk Yaakob sambil disaksikan oleh Nurul dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JUMP, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
The ONE Awards 2018 yang merupakan sebuah majlis khas anjuran Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP) itu bertujuan memberi pengiktirafan serta sokongan kepada para usahawan bersaiz kecil dan sederhana dalam menjana kepesatan ekonomi negara.
Sebanyak tujuh anugerah diberikan kepada individu-individu terlibat pada majlis tersebut iaitu; Usahawan Kecil & Sederhana, Usahawan Perkhidmatan Kewangan, Usahawan Bumiputera Dalam Bisnes, Usahawan Bisnes Di Atas Talian, Usahawan Wanita Dalam Bisnes, Usahawan Bakat Khas dan Usahawan Hartanah.
Pada awalnya, JUMP menerima 250 pencalonan daripada pelbagai usahawan kecil dan sederhana di seluruh Malaysia sebelum disaring dan menjalani tapisan oleh jawatankuasa khas terdiri daripada ikon-ikon perniagaan sedia ada.
Trofi dan sijil The ONE Awards 2018 diperakui oleh Zahid dan Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Majlis yang diacarakan oleh Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin dan Nazrudin Habibur Rahman itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Dayang Nurfaizah, Azharina, Ernie Zakri, Syamel dan ramai lagi.
Sehari sebelumnya, Fazley dipilih sebagai salah seorang panel motivasi Seminar JUMP menerusi Forum Usahawan Popular bersama Datuk Seri Vida, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Datuk Afdlin Shauki, Nurul Zahid, Dr. Lawrence Walter Ng, Fizo Omar dan Abang Abu yang diadakan di Grand Ballroom, One City, Puchong, Selangor disaksikan hampir 1,000 tetamu sempena kesinambungan The ONE Awards 2018.
Foto: Instagram @theshahrulizzat // @sukasucrestudio
Kamaruddin Razal
Tue Mar 13 2018
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan