Syarikat pengurusan YG Entertainment (YGE) memohon supaya peminat kurangkan menghantar surat kepada anggota kumpulan BIGBANG, G-Dragon.

YGE membuat kenyataan itu selepas mendapat tahu terlalu banyak surat yang dihantar kepada G-Dragon menerusi kiriman email ditempat latihan ketenteraannya.

Perkara itu menyebabkan anggota tentera lain sukar untuk menerima surat yang dihantar oleh ahli keluarga masing-masing kerana melebihi limit yang telah ditetapkan.

YGE juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong dan mengingati ketua kumpulan BIGBANG itu.

“Ini merupakan mesej penting daripada YG Entertainment kepada peminat G-Gragon.

“Pada 27 Februari, sebagai seorang lelaki yang menjalankan tanggungjawab negara, G-Dragon telah pun selamat menjalani latihan ketenteraan.

“Terima kasih atas sokongan anda semua, dia kini berada dalam keadaan sihat dan sedang menjalani latihan dengan baik.

“Bagaimanapun disebabkan begitu banyak surat yang dihantarkan kepadanya, G-Dragon membuatkan dia berada dalam situasi yang agak kekok dengan rakan sepasukannya.

“Dia berasa sangat bersalah kepada rakan sepasukannya dan peminat kerana dia tidak mampu untuk membaca kesemua mesej yang diberikan kepadanya.

“Berada dalam persekitaran yang baru membuat dia berasa begitu bersemangat. G-Dragon juga bersyukur kerana mempunyai peminat seperti anda semua.

“Dia juga dapat merasai kekuatan dan sokongan yang diberikan kepadanya.

"Namun untuk membuatkan latihan ketenteraan G-Dragon selesa dan berjalan dengan lancar, kami amat berterima kasih kepada peminat sekiranya anda boleh menahan sedikit daripada menghantarkan surat kepadanya.

“Terima kasih,” tulis wakil YGE.

G-Dragon dijadualkan tamat menjalani latihan ketenteraannya pada 26 November 2019.

Foto: Osen / Yonhap News

Sumber: Alkpop