Pelawak dan penyampai radio, Ajak dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan akibat tidak cukup rehat.

Menerusi entri di Instagram (IG), isteri Ajak, Afifah Amin berkongsi sekeping gambar pelawak tersebut sedang melakukan pemeriksaan 'ctscan'.

"Doakan kesihatan Baba yer. Orang kuat kerja akhirnya tewas juga di atas katil hospital. Caption daripada Ibu. #ctscan," tulisnya.

Doakan kesihatan Baba yer.. Orang kuat kerja akhirnya tewas di katil sepital.. ? Caption from Ibu #ctscan

A post shared by Ajakshiro (@ajakshiro) on


Rata-rata peminat serta rakan artis terkejut dan risau dengan keadaannya meninggalkan komen yang mendoakan supaya Ajak kembali pulih selepas menerima rawatan.

"@Specialodds_eida: Dah kena rest tu. Semoga cepat sembuh Ajak. Ibu @afifahamin jaga diri juga."

"@zulibr: Kami mendoakan semoga ajak pulang pulih seperti sediakala. Amin."

"@saninasir_: @ajakshiro Ya Allah. Depan orang nampak kuat tapi yang sebenarnya menanggung sakit. Harap taklah teruk sangat."

"@afifahamin @specialodds_eida dah sampai masa dia kene tidur cukup. Tadi doktor tanya dia tidur cukup tak? Terus gelak sebab tak ingat hari terakhir dia tidur cukup."