Pelakon dan penyanyi Izzue Islam redha belum mempunyai rezeki untuk mendapatkan zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.

Menerusi entri di Instagram (IG), Izzue telah berkongsi video sedang mendukung seorang bayi ketika mengadakan persembahan di Kuala Krai, Kelantan.

"Dapat merasa jadi daddy kejap petang tadi masa kat event @starcamp18 di Kuala Krai, Kelantan.

"Terbayang kalau ada baby sendiri. Takpe sayang @awinnurin , belum ada rezeki kita lagi.

"Nanti rezeki kita dah sampai, kita buat lagu untuk baby pulak ok? Amin," tulisnya.

dapat merasa jadi daddy kejap petang tadi masa kat event @starcamp18 di Kuala Krai, Kelantan. Terbayang kalau ada baby sendiri ? takpe sayang @awinnurin , belum rezeki kita lagi. Nanti rezeki kita dah sampai, kita buat lagu untuk baby pulak ok? aminn ?? #muziktiduranku @iianmusic

A post shared by I Z Z U E I S L A M (@izzueislam) on


Rata-rata peminat mengakui terharu dengan sikap penyayang yang ditunjukkan oleh Izzue dan mereka mendoakan agar dia serta isteri dikurniakan zuriat.

"@fairuskhaikhairil: Amin. Insha Allah masa itu akan sampai. Perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik."

"@norsiah0910: Semoga Allah kurniakan rezeki anak yang comei-comei untuk @izzueislam dan Awin. Teruskan usaha dan doa. Saya doakan yang baik-baik untuk kalian berdua."

"@mrs_pokdin: Insha Allah tak mengapa @izzueislam dan isteri. Semoga dikurniakan rezki anak bila sampai waktunya. Allah Maha Mengetahui. Pakat-pakat doa la deh. Saya punn belum ada rezki lagi."

"missbuzz_: semoga Allah kurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah untuk kalian berdua. The day will come. In Shaa Allah. Amin."