Pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam mengakui kagum dengan sikap berani yang ditunjukkan oleh anaknya, Syafiq Yusof dalam menghasilkan sesebuah filem.

Menurut Yusof Haslam, Syafiq merupakan seorang yang berani dan kreatif dalam menghasilkan sesebuah karya yang berbeza.

"Apa yang saya boleh katakan adalah Syafiq merupakan seorang pengarah yang cukup berani dan sanggup mengambil risiko dalam menghasilkan filem.

"Kalau saya mengarah, saya lebih suka hasilkan karya yang straightforward dan tidak perlu untuk orang berfikir mengenai sesebuah jalan cerita itu.

"Tetapi apa yang saya lihat Syafik ini lain kerana dia mahu hasilkan sebuah karya yang berbeza dan berani kerana penonton kita sekarang ini mahukan sesuatu yang berbeza.

"Saya puji bukan sebab dia anak saya tetapi apa yang dia lakukan ini sudah terbukti dan filem arahannya dapat diterima oleh penonton," katanya kepada Astro Gempak.

Yusof Haslam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem KL Special Force di Mmcineplexes e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Datuk Rosyam Nor, Fattah Amin, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Ramona Zamzam, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem KL Special Force di pawagam seluruh sekarang.