Anggota kumpulan K-Pop popular BIGBANG, Daesung bakal mengikut jejak langkah G-Dragon apabila dia bakal menjalani latihan tentera pada 13 Mac ini.

Daesung bakal memulakan latihan tentera selama dua tahun pada 13 March ini sehari selepas Taeyang.

Syarikat pengurusan BIGBANG, YG Entertainment menyatakan Daesung sebelum ini meluahkan hasrat untuk menjalani latihan ketenteraan dalam lingkungan masa yang berdekatan dengan anggota lain.

Pengumuman tersebut dilakukan selepas Daesung selesai mempromosikan album solonya selain sempat mengadakan konsert jelajah bersama BIGBANG.

Selain itu, YG Entertainment juga mengesahkan seorang lagi anggota BIGBANG iaitu Seungri juga ingin mengikuti jejak langkah rakan-rakan mereka.

Bagaimanapun atas komitmennya terhadap album solo dan tayangan filem terbaharunya, Love Only, Seungri akan mendaftarkan diri selepas semua aktiviti seninya selesai.

Sumber: Soompi