Selebriti terkenal seperti Zizan Razak, Nad Zainal dan Lan Solo membawa peminat bertuah bercuti ke luar negara.

Bukan sekadar bercuti, peminat dan selebriti juga berpeluang untuk meneroka taman tema terbaik dunia!

Semuanya boleh disaksikan dalam program kembara taman tema terbaik dunia, #expeRIAnce #ProjekThemePark2018 yang kembali bersiaran menemui penonton untuk musim terbaru!

Menerusi siri terbaru program ini, saksikan pengalaman peminat mengembara bersama artis kesayangan mereka ke taman tema terbaik dunia.

Peminat bertuah bukan sahaja berpeluang merasai sendiri kelajuan adrenalin mencuba pelbagai permainan di taman tema popular bersama artis pilihan, malah mereka turut mempunyai tugasan untuk melengkapkan cabaran dalam setiap episod #ProjekThemePark2018.

Selain Zizan, Nad dan Lan, selebriti lain yang terlibat adalah Nabila Huda, Dynas Mokhtar, Ayda Jebat, Kamal Adli, Syafiq Kyle, Elfira Loy, Ummi Nazeera dan ramai lagi.

Bersiaran selama 13 episod, saksikan #ProjekThemePark2018 bermula malam ini (6 Mac), setiap Selasa jam 11 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #ProjekThemePark2018 dan #expeRIAnce untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

MALAM INI GUYS ! Projek Theme Park 2018 kembali wehh? Tengok aku dgn @raja_azura jerit macam orang gila naik roller coaster satgi. Siapa yg tak duduk depan TV pukul 11 malam satgi memang rugi sebab episod ni CONFIRM BEST NAK MAMPOIH ! hanya di Astro Ria/HD oyeahhh ?? #projekthemepark2018 #astroria #safwanted #experiance

A post shared by Safwan Nazri (@safwannazri) on

Jangan ditanya tetapi rasai sendiri. #zizanrazak #projekthemepark #projekthemepark2018 @asyamentos #experience @neweramyofficial #neweramalaysia

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

NZ kat NZ , haaa inilah orang kata memalukan diri sendiri... konon gagah... eh tapi kira gagahla kalau i boleh lompat dari bangunan tinggi.. kan kan??? Naik benda berpusing-pusing je i tak gemar ? Saksikan #projekthemepark2018 bermula selasa ini 6 March. Jam 11 malam di saluran Astro RIA & RIA HD! #projekthemepark #experiance

A post shared by Yem’s mom (@nad.zainal) on

Kasi up intro ckit..! . ? . #halilintar #projekthemepark #astro #projekthemepark2018 #expeRIAnce #dufan #dufanseru #ancoltamanimpian #lansolo ??#berpisahtanparela ? @lkrangers #teamlansolo

A post shared by L A N S O L O (@lansolo_official) on