Pelakon Elfira Loy berkongsi rasa teruja ketika bertemu bintang Hollywood terkenal, Paris Hilton.

Elfira menceritakan pengalaman manis itu menerusi akaun Instagram (IG) sebentar tadi.

Kata Elfira dia terkejut kerana Paris tidak menolak permintaannya untuk bergambar bersama.

Lebih mengujakan lagi apabila Paris bertindak membantunya dengan memberikan pengcahayaan (lighthing) yang baik untuk swafoto Elfira.

Oh! Thats me hanging out with @parishilton , HAHA . She is so sweet and nice , i wasn’t sure at first boleh tangkap gambar ke tak mula-mula ( paris hilton pulakkan ) so i just stalked her dari jauh when she is near me i macam tanya jelah. Tak sangka dia siap bagi lighting lagi to my selfie wuhuuuuuuu. QUEEN ?? #throwback

A post shared by ٢٤ | ?? (@elfiraloy) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminat menyatakan rasa kagum dan cemburu kerana Elfira berjaya melakarkan saat manis bersama bintang antarabangsa itu.