Selebriti dan ahli perniagaan popular, Neelofa masih kekal sebagai penerima Anugerah Ikon Wanita Negara tahun ini daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kementerian tersebut dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menafikan laporan yang tular di beberapa media sosial yang mendakwa nama Neelofa digugurkan daripada senarai anugerah tersebut.

Kata kenyataan itu, kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih oleh Neelofa sebelum ini.

"Kementerian juga percaya kejayaan tersebut dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk terus bergerak jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

"Dalam masa sama, kementerian melihat daripada sudut yang positif apa yang akan disumbangkan oleh Neelofa untuk memperkasakan wanita," kata kenyataan itu hari ini.

So incredibly honored to be a part of this 2018 Women Empowerment Year with YAM Tengku @zatashah and @vivyyusof ! Excited to be contributing ideas and all I can to this agenda that is really close to my heart! Women, let’s do this! ??❤ #tmw18 #wanitagemilang #tahunmemperkasawanita2018

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


Sejak kelmarin, tular di beberapa media sosial dan portal berita mendakwa Neelofa bakal digugurkan dalam senarai anugerah Ikon Wanita berikutan kontroversi majlis hari lahir dan pelancaran produk di kelab malam baru-baru ini.

Bagaimanapun, syarikat pengeluar tudung berkenaan, NH Prima International Sdn. Bhd. sebelum ini telah memohon maaf atas apa yang berlaku.