Pelakon Iqram Dinzly menyentuh hati netizen menerusi ucapan hari jadi arwah bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said.

Tulis Iqram, dia sedang berusaha untuk mengotakan kata-kata yang pernah diungkapkan pada malam hari jadinya ke-36 tahun lalu.

"Papa oh Papa! Happy Birthday. Maaf tidak bersama kerana Iq (Iqram) sedang berusaha untuk kotakan kata-kata yang pernah Iq perkatakan melalui penulisan terakhir Iq kepada Papa di malam hari kelahiran Iq yang ke 36 tahun lepas," tulisnya.

Papa oh Papa ! #Happybirthday Semoga #Papa celebrate usia 72 tahun disana dengan cahaya dan perlindungan dari Yang Maha Esa . Maaf kerna tidak bersama . Kerna IQ sedang usaha untok kotakan kata - kata yang pernah iq perkatakan melalui penulisan terakhir IQ kepada Papa dimalam hari kelahiran IQ yang ke 36 tahun lepas dan inilah saat terakhir kita bersama didunia dan InsyaAllah akan jumpa nanti disana . See ya my big baby ? [ #papakuterlantarlagi ] Nota terakhir buat PAPA yang sempat dibaca dan 10 hari kemudian pulang ke rahmatullah : “ Jangan lupa selalu zikir dan mohon doa dari Allah yg terbaik untok papa dan seluruh keluarga . Ini bukan tempat kita papa . Disana lagi indah buat kita hambanya Allah swt & umatnya Rasullullah saw . Namun sekiranya papa nak berjuang sama , papa kena banyak bersabar . Dan doakan supaya segala urusan ujian dugaan dipermudahkan buat iq dan lain lain ya papa . Everyone said you are warrior . You done a great job . Dan ramai yg mendoakn papa . Alhamdulillah . Papa , thanks for teach me how to be human n real muslim . Doakan iq bertemu jodoh yg baik yg dpt lahirkan zuriat yang baik demi warisan #Dinzly papa ya . I will do my best slowly & surely , dengan niat Lillahitaala. Aaminnnn. “ —————————————— ? #Alfatihah buat Almarhum Ayahanda Muhammad Saipuddin Bin Dato Seri Haji Ahmad Said #papakukembali ] Tahniah #mama sebab #sabar menghabiskan #mamakuiddah4bulan10hari dengan #tenang sekali . Maaf atas segalanya . ?

A post shared by Bawaabata.merebucks (@bawaabata.merebucks) on


Malah Iqram turut berkongsi pesanan akhir arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Jangan lupa selalu zikir dan mohon doa dari Allah yg terbaik untuk Papa dan seluruh keluarga.

"Ini bukan tempat kita Papa. Di sana lagi indah buat kita hambanya Allah & umatnya Rasullullah.

"Doakan Iq bertemu jodoh yang baik dan dapat melahirkan zuriat yang baik demi warisan Dinzly," tambah Iqram.

Terdahulu, Iqram yang muncul dengan pelbagai siri live video pelik ditimpa musibah apabila kediamannya dipecah masuk dan mengalami kemalangan jalan raya.

Teks oleh: Amri Hassan