Bekas anggota kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat meminta peminat mendoakan kesembuhan penyanyi Wany Hasrita yang dijangkiti virus Influenza B.

Fairuz memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya semalam.

Kata Fairuz, dia mahukan Wany berehat buat seketika daripada melakukan persembahan kerana keadaannya tidak mengizinkan.

“Alhamdulillah Wany okay. Suara dia tak ubah macam mesin tebu. Kalian semua doakan dia sihat tau. Kesian dia.

“Show banyak tapi sakit. Tapi saya pastikan dia warded seminggu dua. Biar betul-betul rehat. Kalau dia pergi show jugak. Saya bergegas ke sana. Saya culik dia sewenang-wenangnya!

“Get well soon Wany. Cepat sihat naa. Durian tak dapat lagi ni!”
tulisnya.

Posting itu disertakan dengan fotonya bersama Wany yang sedang tersenyum.

Alhamdulillah wany ok. Suara dia tak ubah mcm mesin tebu ?. Kalian semua doakan dia sihat tau. Kesian dia. Show banyak tp sakit. Tp saya pastikan dia warded seminggu dua. Biar betol2 rehat. Kalau dia g show jugak. Sy bergegas ke sana. Sy culik dia sewenang2nya !!.. . Get well soon wany. Cpat sihat naa. Durian tak dpt lagi ni!

A post shared by FS (@fairuzselamat) on


Disebabkan posting itu juga, rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan Wany dan berharap hubungan mereka berdua ke fasa seterusnya.

“Semoga @wanyhasrita sembuh cepat. Lupakan tentang show tu sementara waktu. @fairuzselamat jaga Wany elok-elok korang memang sweet la,” -@khairil_syamir

“Jaga @wanyhasrita elok-elok @fairuzselamat. Semoga panjang jodoh korang. Yang lain-lain tu sila ke next available awek ok, hat ni dia dah cop,” -@chentasafiyya

“@fairuzselamat Haaa camtu hero,pastikan heroin selamat, sihat dan cergas kembali. like your sense of care & luv adikku. @wanyhasrita I guess U're one lucky gurl my darling haha,” -@rozylicious72


Wany dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara dan dikuarantin buat sementara waktu berikutan demam panas pada Ahad.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, sebelum ini memberitahu hubungannya Fairuz Selamat masih dalam fasa berkawan.

Wany mengenali Fairuz sejak tahun 2016 menerusi aplikasi Smule sebelum menceburi bidang seni lagi.

Foto: Instagram @fairuzselamat

Teks oleh: Mya Amri