Salam Cinta Ustazah Husna, Cabaran Terbesar Jihan Muse Lakon Babak Romantik

14 September 2016. 5.13 PM
173,586
Hiburan
Salam Cinta Ustazah Husna, Cabaran Terbesar Jihan Muse Lakon Babak Romantik

Aktres yang sinonim dengan watak komedi, Jihan Muse mencabar diri membawa karakter serius.

Bintang kelahiran program realiti Raja Lawak musim ketiga ini membawakan watak ustazah dalam telefilem Salam Cinta Ustazah Husna.

"Saya terkejut apabila pengarah Osman Ali menawarkan saya untuk menjayakan watak sebagai seorang ustazah.

"Siapa yang mahu menolak jika ditawarkan untuk berlakon di bawah arahan Osman? Selepas menerima skrip, saya semakin berdebar," kata Jihan ketika siaran langsung program MeleTop pada malam Selasa.

Bergandingan di samping aktor Aiman Hakim Ridza, Jihan mengakui dia berdepan cabaran untuk menjayakan babak romantik.

"Saya agak kekok dan berhadapan dengan pengalaman yang mencabar ketika hendak melakonkan adegan romantik. Saya juga berdebar menantikan reaksi penonton.

"Namun begitu, saya bersyukur kerana tenaga produksi, pelakon lain dan pengarah banyak membantu saya dalam menjayakan watak Ustazah Husna. Sokongan mereka memudahkan saya untuk menjayakan watak tersebut," katanya lagi.

Jangan lupa saksikan telefilem arahan Osman Ali, Salam Cinta Ustazah Husna lakonan Jihan Muse, Aiman Hakim Ridza dan ramai lagi pada 17 September ini, jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).


Artikel Berkaitan


Komen