Vokalis kumpulan Bunkface, Sam mengakui tujuan mereka memilih penyanyi pop yeh yeh Datuk Jeffrydin untuk berduet dalam single terbaharu, disebabkan oleh bapanya.
Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 31, berkata , pemilihan itu dilakukan kerana ingin memberikan kelainan dalam single mereka bertajuk Apa Pun Tak Boleh dalam masa terdekat ini.
"Mesti ramai yang terkejut kenapa kami memilih Jeffrydin dalam single terbaharu ini kerana bagi kami dia merupakan penyanyi pop yeh yeh yang serba boleh.
"Jeffrydin mempunyai teknik tarian dalam genre itu yang menarik perhatian kami untuk berduet bersama-sama dan dia mampu menarik minat peminatnya utuk mendengar lagu ini.
"Selain itu, sebab utama saya memilih Jeffydin kerana ayah saya suka dan dia juga merupakan peminat lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Jeffydin sejak dulu lagi.
"Tujuan kami nak kolaborasi dengan Jeffrydin juga disebabkan ingin menarik peminat lama dan lagu itu juga ada menampilkan Caprice yang mewakili peminat baru," katanya kepada Astro Gempak.
Sam berkata demikian ketika ditemui ketika majlis sidang media Raikan Hari Lahir Boboiboy di Pejabat Kemajuan Negeri Perak, Oasis Ara Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Bunkface bakal menghiburkan peminat sempena meraihkan hari lahir animasi bersiri, Boboiboy pada 24 Mac depan di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh.
Sepanjang cuti sekolah bermula dari 17 hingga 25 Mac depan pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan oleh MAPS untuk para pengunjung selain persembahan daripada artis terkenal, Ruffedge, Altimet, Joe Flizzow dan Sonaone.
Rozaimi Zubaidi
Fri Mar 02 2018
16 Kali Buat Pembedahan, Katie Price Dakwa Pemilik P*yudara Terbesar Di Britain
Model Katie Price mendakwa dirinya sebagai pemilik payudara terbesar di Britain dengan ukuran 2120 CC menerusi beberapa siri pembedahan yang dilakukan terhadap aset tersebut.
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir