Pelakon Datuk Farid Kamil memberitahu pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas rasmi daripada pihak yang menganugerahkannya pangkat Datuk.

Menurut Farid, gelaran itu masih dipakai sehingga kini.

"Selepas berlakunya kontroversi melibatkan diri saya, masih belum ada sebarang maklum balas formal atas apa yang berlaku pada gelaran itu," katanya dalam satu sidang media khas baru-baru ini.

Farid yang terpalit dengan kontroversi penyalahgunaan dadah dan tindakan agresif mencederakan anggota polis itu telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk pada 16 Disember lalu.

Belum cukup sebulan, Farid ditahan reman pada 11 Januari lalu selepas pelakon drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu itu bertukar berang dan menampar seorang anggota polis.

Ujian saringan air kencing juga mendapati pelakon itu positif dadah jenis ganja.

Baca: Tampar Polis, Farid Kamil Positif Ganja

Dalam perkembangan terbaru, lapor Astro Awani, pihak polis memanggil Farid bagi merakam semula keterangannya selepas membuat dakwaan baharu berhubung laporan yang dibuat sebelum ini.

Baca: Farid Kamil Dedah Wajah Suspek Sebenar

Baca: "11 'Power Rangers' Pakaikan Saya Baju Pasung Kemudian Saya Sedar Muka Berdarah" - Farid Kamil

Mahkamah memutuskan perbicaraan selanjutkan kes Farid pada 5 Mac nanti.

Teks oleh: Amri Hassan