Pelakon Kamal Adli berkongsi kisah cinta bersama dengan bekas teman wanitanya kepada umum.

Kamal juga memberitahu sebab mengapa hubungan cinta mereka terputus dipertengahan jalan.

Namun begitu, jangan salah sangka kerana Kamal hanya melakonkan kembali parodi babak filem Mohabbatein lakonan asal bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan.

Lakonan lucu Kamal di pentas Gegar Lawak pada minggu lalu yang bertemakan muzikal mendapat pujian para penonton.

Lebih-lebih lagi apabila wajah Kamal yang fokus ketika melakonkan babak serius sambil mengungkapkan dialog lucu sememangnya mengundang tawa penonton.

Malam ini, apa pula agaknya persembahan pembukaan yang bakal dilakukan oleh Kamal?

Gegar lawak yang bertemakan viral untuk minggu ini bakal menyaksikan peserta akan diuji menerusi kebijaksaan mereka memikih topik-topik hangat dan cara persembahan mereka.

Menarik lagi, Sabri Yunus atau popular dengan gelaran Pok Ya Cong Codei baru-baru akan menjadi juri jemputan.

Siapa pula yang bakal meninggalkan pentas Gegar Lawak malam ini? Sama-sama kita saksikan.

Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.

Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.

Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.

Gegar Lawak bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK

Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.

Foto: Instagram @kamaladli