Dikenali menerusi aplikasi Smule, penyanyi Khai Bahar sering menyanyikan lagu penyanyi lain ketika membuat persembahan.

Walaupun Khai kini mempunyai single sendiri yang berjudul Bayang, masih ada permintaan untuk dirinya menyanyikan lagu penyanyi lain.

"Saya akui, ada peminat yang menegur saya selalu menyanyikan lagu orang lain ketika membuat persembahan. Kalau boleh saya mahu mengurangkan perkara tersebut kerana takut ada peminat muak.

"Namun begitu, saya juga sedar ada orang yang gemar saya nyanyi lagu orang lain, ada juga yang kurang menggemarinya. Saya juga tidak boleh menolak permintaan orang.





"Kalau boleh, saya mahu elak untuk menyanyikan lagu orang lain. Tetapi semuanya bergantung kepada permintaan," kata Khai kepada Astro Gempak.

Semakin selesa menyandang gelaran penyanyi, Khai mengakui dia menerima kritikan negatif daripada peminat.

BACA: DIKRITIK KERANA ISU TEKAK BERDARAH, KHAI BAHAR ANGGAP DUGAAN

BACA: SELEKEH? TAK KISAHLAH APA ORANG NAK KATA - KHAI BAHAR




"Saya mengakui saya merasakan tekanan semenjak bergelar artis. Namun begitu, saya tak boleh mengeluh kerana saya sendiri yang memilih jalan ini.

"Saya mengambil kritikan negatif itu sebagai satu pemangkin untuk saya memberikan yang terbaik bagi peminat yang menyokong selama ini," katanya ketika ditemui ketika Jajahan Gegar THR di Astro Warna Comedy Tour, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

BACA: KHAI BAHAR BAKAL MERIAHKAN JAJAHAN GEGAR PAHANG

Dalam perkembangan terbaru, Khai kini sedang giat mempromosikan lagu Bayang yang dicipta oleh Herry, anggota kumpulan Khalifah.