Vokalis utama Putera Band, Haziq, 19, dilaporkan terlibat dalam kemalangan.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan Haziq kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Menurut ibunya, Norhaslinda Ishak, 40, anaknya menunggang motosikal untuk keluar membeli makanan sebelum terbabit dalam kemalangan berdekatan kawasan kediaman mereka.

"Selain kepalanya yang berdarah, tulang rusuk kirinya juga patah. Ketika ini, pernafasan anak saya juga terganggu akibat paru-parunya yang bocor," katanya.



Dalam pada itu, menerusi foto terbaru akaun Instagram kelab peminat Haziq, @haziqearz, mereka memohon agar mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan penyanyi itu.

-Doakan Yang Baik Baik Sahaja??

A post shared by Haziq Putera Band Offcl Fans? (@haziqearz) on

Putera Band yang merupakan artis syarikat rakaman FMC mula diperkenalkan kepada penggemar muzik pada pertengahan tahun lalu.

Kumpulan ini cukup popular dengan lagu berjudul Rebahku Tanpamu.

Sekitar September 2017, mereka muncul pula dengan single ciptaan Haqiem Rusli, Tersiksa. Video muzik lagu terbabit mencatat lebih 9.2 juta tontonan di laman YouTube.

Foto: Instagram @haziqearz

Sumber: BH Online