Pelakon Datuk Farid Kamil tampil memberikan penjelasan tentang tuduhan penyalahgunaan dadah dan insiden mencederakan pegawai polis yang berlaku sekitar awal Januari lalu.

Dedah Farid, dia telah dianiaya oleh dua individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai Taj dan Osh.

Kedua-dua individu berkenaan merupakan kerabat diraja negeri Kedah dan Johor bergelar penyanyi dan pengurus artis.

"Kedua-dua individu ini cuba untuk menjatuhkan reputasi dan kerjaya saya.

"Saya pernah bertemu dengan kedua-dua kerabat berkenaan suatu ketika dahulu dan kami berjumpa semula pada malam kejadian.

"Kemudian saya langsung tidak sedar apa yang berlaku kepada saya sehingga awal pagi hari ketiga di dalam lokap," jelas Farid dalam sidang media khas di Shah Alam, Selangor hari ini.

Farid turut menegaskan kedua-dua selebriti yang pernah dipanggil pihak berkuasa untuk memberikan kenyataan sebelum ini bukan individu sama yang dijumpai pada malam kejadian.

"Namun, dua selebriti yang pernah dikaitkan dengan kes ini (Taj Innuendo & Osh Firdaus) bukan orang yang saya dimaksudkan," tambahnya.

Sebelum ini Farid membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis memasukkan bahan terlarang ke dalam minumannya hingga mendorong dia bertindak ganas dalam sebuah balas polis bulan lalu.

Pendedahan Farid membawa penahanan Soffi Jikan yang didapai positif dadah ketika hadir memberi keterangan berhubung kes itu pada 6 Februari lalu.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan.

Teks oleh: Amri Hassan