Pelakon Elfira Loy menafikan dakwaan jejaka bernama Asyraff Mazlan merupakan punca ikatan pertunangannya putus dengan penyanyi Sufian suhaimi.

Menurut Elfira, Asyraff tidak mempunyai kaitan langsung dengan kisah peribadinya.

Dia juga turut menjelaskan tuduhan yang mengatakan mereka berdua menunaikan umrah bersama baru-baru ini.

“Kalau nak kata saya yang beri ruang untuk orang buat fitnah, dalam caption terang-terang dah tulis makan sempena kelahiran Acap.

“El dah kenal Acap dah lama dah dari zaman tak bertudung masa shoot Kayuhan Cinta sampailah sekarang.

“Dan trip ke Mekah, kami hanya satu kumpulan, BUKAN PERGI BERSAMA,”
jelasnya.

Elfira memberitahu perkara tersebut di Instagram (IG) miliknya menerusi Insta Stories sebentar tadi.

Tambah El lagi, dia telah menjelaskan perkara yang berlaku dan selepas ini sekiranya timbul gosip mengenai perkara itu bermakna dirinya telah difitnah.

“Saya dah jelaskan. Tapi lepas ini kalau korang nak cakap bukan-bukan, korang yang memfitnah.

‘Bukal El yang menimbulkan fitnah,”
tulisnya.



Terdahulu, Elfira dikaitkan dengan Asyraff selepas jejaka itu memuat naik foto mereka menerusi IGnya.

Foto tersebut merakamkan Asyraff, Elfira dan adiknya Ezlisa Loy meraikan ulang tahun kelahirannya di sebuah restoran baru-baru ini.

Disebabkan foto itu, timbulnya spekulasi mengatakan Asyraff merupakan cinta baru Elfira.

Sebelum ini, Asyraff juga pernah memuat naik foto bersama Elfira ketika mengerjakan ibadah umrah awal bulan lalu.

Foto: Instagram @elfiraloy