Pelakon Sharifah Shahira mengimbau kenangan lucu yang berlaku di majlis akad nikah bersama suaminya, Ijoy pada 28 Februari 2003.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG) peribadinya, Shahira atau lebih mesra dengan panggilan Shiera memuat naik foto mereka berdua ketika majlis tersebut.

Dengan menggunakan hashtag #kahwindulukahwinsekarang, Shiera menceritakan momen-momen menarik yang berlaku melalui setiap posting yang dimuat naik di IGnya.

Ok mariiii throwback Kang ada ingat sbb kata baru kawin Dolu dolu ada duit hantaran berkelopak bungai bagai Cantik Ada beberapa kuntum kerana saya ok reasonable..lol Alhamdullillah Takde hantaran takpe Saja suka suka 28/2/2003 #kawindulukawinsekarang #anniversary Jangan muntah sbb throwback selama 5hari 5malam

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Ijoy panik..seram sejuk Arwah Pak Syed akad kan Yang aku nak tergelak Mas kawin Wilayah dulu 80ringgit Pastu tok kadi cakap Coppp Dia janda jadi separuh harga Jadila 40 hinggit Sampai sekarang duit maskawin tak pakai sebab Syiling singgit dah tak laku Ada 80 keping Duk simpan lagi Throwback 5hari 5malam

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Haaaa..lega Nasib baik tak kena soal Dia dah kawtim Cittt Gambar kedua Dia letak tepi mic sebab takut 2kali take Tapi one take..kawan mendajal...hahahha Ehh aku ada video laaa Dah pasang mic dia bukakk Last but not least Bunga telur emas blakang tu aku beli kat metrojaya bunga krismas... Nina juren cakap sana lawa 1cucuk 15 hinghit Dapat discount 10% Beli 100 ko rasa..mana buang entah

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Ok sain menyain Baju man kajang...bayar token ke dia..dia sanggup buatkan Baiklaaaaa man kajang Sbb tu murah rezeki sampai sekarang @mankajang Make up pun bayar adik beradik tolong menolong Masa ni zul fadzli Pandai buat sanggul Sampai sekarang buat lagi @zulfazlisuhadi Keruuuussiiiiii tu pun aku sewa 150 hinggit...2...lerr Kat kedai depan umah kat selayang Pinjam sehari nak cantikkan bilik kawin sebab nak putih semua Jadi tak kredit nama dia..sbb tak ingat Bilik tido sponsor all the way from kelantan Makcik Neelofa buatkan ..Kak Da Kakak aku baju kurung cotton tailor yee kwan wong @lynn_alkhaired Yang baju purpleAida aris masa ni takde org sponsor @aidaaris_ Yang berdiri pakcik aku Syed ..apa ekk..kami panggik ami atan Dia pembangkang kerajaan..tapi bila bab kenduri sedara mara...yg akrab ..no politics

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Rata-rata peminat berasa terhibur dengan perkongsian Shiera dan mendoakan hubungan pasangan ini berkekalan dan bahagia selamanya.

Dah nikah....makan kampung lauk tempoyak ikan patin Segala bagai...sambal hitam Ijoy lulus kawin org Pahang sebab makan ikan sungai Santai santai Kami kawin 4hari 4malam Mau tak penat We did it Ni baru hari pertama Hahaha ada jering n kerdas kat situ @tallisya72 comey je masa tu..sekarang gi ig dia kusamangat

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Dah nak balik mak mertua Sbb kami kawin 4hari 4malam Sebab besok nak sanding tengahari kat umah kita Semua tanya kinah mana Haaaaaaa taaadaaaaaa Atas mak kita..kusmangat Selamat menonton Throwback banyak Jangan muntah Jangan kecam Ig kita..kita suka

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Terdahulu, hasil dari perkahwinan bersama Ijoy, mereka telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Airell, 12, Airra, 9, Auddra, 7 dan Adeena, 3 bulan.

Shiera sebelum ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt

Foto: Instagram @shieraijoy

Teks oleh: Mya Amri