Pelakon dan pensyarah Dr. Norzizi Zulkifli, 42, telah selamat menimang cahaya mata keempat pada Khamis (22 Februari) lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, pengacara yang popular dengan rancangan Di Mana Joe Jambul suatu ketika dahulu itu dikurniakan bayi perempuan.

"Alhamdulillah yang ditunggu telah tiba. Saya telah selamat melahirkan baby girl. Syukur segalanya," tulis Norzizi.

Alhamdulillah yang ditunggu telah tiba... Semalam saya telah selamat melahirkan baby girl.... Syukur segalanya....

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on



Menerusi perkahwinannya dengan Bayu Utomo Radjikin, 49, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata; Muhammad Armada Jiwa, 11, Tulus Jiwa Ramadan, 9, dan Indah Hening Kasih, 8.

Sama seperti pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri, Norzizi turut berkongsi wajah anak bongsunya yang baru dilahirkan.

"Selamat berpantang. Nama anak kau mesti luar biasa ni. Ya Ampun, rupa Australia," tulis pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah.

Norzizi pernah berkongsi luahan hatinya sepanjang berjuang mendapatkan Doktor Falsafah dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media di University of Wollongong, Australia hujung tahun lalu.

Tahniah kami ucapkan kepada Norzizi atas kelahiran cahaya mata baru!

Beberapa jam selepas di lahirkan... 22022018 Baby... nama belum tahu... ?

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

Lepas cukur jambul gi spital melawat kawan lama Alhamdulliah dah bersalin kawan kita dia usia 42 tahun Tahniah P/s zizi lupa nak tulis buku anak tadi laaaaaa @norzizizulkifli Abaikan bibir @cikoddah

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Empat orang anak saya bersama my sis @zazazulkafli and suaminya.... Alhamdulillah anak 4 dah! Rejeki Allah! ???

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on


Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @norzizizulkifli