Penyanyi Lan Solo mendapat pujian peminat selepas mendedahkan wajah anak keempatnya, Nur Amna.

Lan berkongsi foto bayi perempuan itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.

Daddy dah balikkk..? . ????? . . #4Qs #anakanaklansolo #razlansheilakin @sheilarazlan

A post shared by L A N S O L O (@lansolo_official) on


Selain Lan, isterinya Nur Sheila Hassim juga berkongsi foto Nur Amna menerusi platfom yang sama.

“Assalamualaikum. Saya dah nak discaj hari ini. Daddy ckp nama penuh saya lepas daftar baru daddy share sebab mommy belum decide lagi ejaan nama belakang saya.

"Apa pun, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya dari dalam perut mommy sampailah saya wujud hari ini.

"Walaupun saya keluar dua minggu awal, saya harap semua dpt terus mendoakan kesihatan sy tau. AM I CUTE..???"
tulisnya.



Kapsyen itu mendapat respon daripada peminat yang memuji kecomelan anak pasangan itu.

Malah mereka juga mengatakan Nur Amna yang mengalami cleft lip atau sumbing itu merupakan anak pembawa tuah.



Selain itu, ruangan komen IG pasangan itu juga turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.


Foto: Instagram @lansolo / @sheilarazlan