Sama seperti aktres Nora Danish, penyampai Radio Linda Onn memilih untuk mendedahkan wajah anak sulungnya.

Menerusi entri terbaru di Instagram (IG) miliknya, Linda memberitahu dia selamat melahirkan anak pertamanya semalam.

Entri tersebut disertakan dengan foto merakamkan Linda sedang mencium anak kesayangannya yang sedang nyenyak tidur.

“LO Junior, Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

LO junior. Alhamdulillah.

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on


Selain peminat, rakan artis juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Linda, antaranya Nora Danish dan Rebecca Nur Al Islam.

Foto: Instagram @lindaonn