Model dan bintang realiti, Blac Chyna membuat laporan polis susulan video seksnya bersama seorang lelaki yang tidak dikenali telah bocor dalam internet baru-baru ini.

Peguamnya, Walter Mosley berkata kepada USA Today, mereka mahu polis menyiasat perkara itu yang disifatkan satu tindakan balas dendam kepada anak guamnya.

Video itu telah dimuatnaik di akaun Twitter tanpa nama pada Isnin.

Akaun itu kemudiannya ditutup setelah ia mula viral di media sosial.

Video tersebut menunjukkan rakaman Chyna, yang merupakan ibu kepada anak tunggal Rob Kardashian, mengadakan hubungan seks bersama seorang lelaki yang wajahnya tidak didedahkan.

Tahun lalu, Chyna telah mengambil tindakan mahkamah ke atas bekas teman lelakinya, Rob Kardashian Los Angeles kerana bertindak mendedahkan foto bogelnya.

Sumber: USA Today