Pelakon Nora Danish dijangka bakal melahirkan bayi keduanya pada minggu ini.

Berita itu diumumkan sendiri oleh suaminya, Nedim Nazri menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya.

Nedim turut berharap agar Nora selamat melahirkan anak pertama mereka bersama.

Pasangan ini turut mengadakan majlis doa selamat semalam sempena kelahiran bayi mereka tidak lama lagi.

“Doa selamat buat isteri tercinta dan Ney Ney (bakal bayi mereka).

“Insha-Allah agar selamat melahirkan kandungannya pada minggu ini,” tulisnya.

Rata-rata peminat turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Nora mempunyai seorang anak dalam perkahwinan pertamanya sebelum ini iaitu Rayqal, 9.

Sementara Nedim turut mempunyai seorang anak dalam perkahwinannya terdahulu iaitu Mohamed Nedrin atau Dre.

Doa selamat buat isteri tercinta & Ney Ney insyaAllah,agar selamat melahirkan kandungan pada minggu ini ❤ #NNmylittlefamily #syukuralhamdulillah

A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned) on

“A woman has two smiles that an angel might envy, the smile that accepts a lover before words are uttered, and the smile that lights on a new born baby, and assures it of a mother’s love” #nnisterikucintahatiku #anytimesoon #mybeautifulPregnantwife

A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned) on

Visited Nora just now. Mummy and daddy doakan Nora selamat melahirkan kandungan pada jangka masa minggu ini. Do rest well mean time. ❤ @noradanish @boss_ned #cucu #preciousmoments #familylove #rntrnafamily #rntrna #payong #putrarayqalramli 19 February 2018

A post shared by rajanoora (@rajanoora) on

Foto: Instagram @bossned / @rajanoora