Anggotan kumpulan Kiut, Tapai akui tidak boleh bernafas dan hampir pitam sebelum memulakan persembahan di pentas Gegar Lawak Jumaat lalu.

Menurut Tapai, kejadian tersebut merupakan kali pertama dia mengalami kesan elergi yang agak teruk berbanding sebelum ini.

“Saya sebenarnya elegi kacang. Lama dah tak jadi, tiba-tiba pula saya makan kuah kacang.

“Waktu kejadian, saya rasa tak boleh bernyawa dan hampir pitam.

“Tak boleh tapi sombong nak makan juga, tak jaga pantang inilah jadinya.

“Tak pernah kena teruk dan ini adalah kali pertama,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak menerusi Aplikasi WhatsApp pada Isnin.

Sebelum persembahan Tapai secara tiba2 pitam di belakang pentas. Tapi dengan semangat anda semua, Tapai tetap meneruskan untuk memberikan yang terbaik kepada penyokong KIUT! Inilah antara pengorbanan Kump KIUT demi menghiburkan dan membuat penyokong dan sahabat semua gelak ketawa.. #kumpkiut #kiutgegarlawak #gegarlawak2018 #astrowarna #cantas #yakpur #zamkiut #tapaikiut #shendokiut #sempoimempoiyempoikelempoi #jgnisapgam #berlawakbukankerananama

A post shared by KIUT Gegar Lawak Official (@kiutgegarlawak) on


Bagaimanapun kata Tapai dia bersyukur kerana kesihatannya semakin pulih.

“Alhamdulillah saya dah semakin baik tapi masih lagi rasa pening-pening.

“Terima kasih kepada kawan-kawan dan peminat yang banyak memberikan semangat kepada saya.

“Anggota kumpulan Kiut, Hanafi dan Zam, mereka yang banyak membantu dan sentiasa berada di sisi saya.

“Saya ambil keputusan untuk teruskan persembahan sebab saya tidak mahu hampakan peminat dan juga anggota kumpulan kerana kami dah berusaha keras.

“Saya cuba buat juga dan syukur segalanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.

Selain Ali Puteh, program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik dan Dzawin sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.

Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.

Gegar Lawak bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK

Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.

Foto: IG @kiutgegarlawak / @maestromediamy

Teks oleh: Mya Amri