Pengacara dan pelawak terkenal Korea, Yoo Jae Suk mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua selepas lapan tahun menanti.

Menurut laporan Soompi, Yoo Jae Suk mengakui gembira dengan berita itu dan dia tidak sabar menantikan kehadiran ahli keluarga baru tidak lama lagi.

"Yoo Jae Suk juga sangat gembira dengan berita ini dan dia tidak menyangka akan dikurniakan seorang lagi anak selepas sekian lama menanti.

"Yoo Jae Suk mengesahkan mengenai berita kehamilan isterinya, Na Kyung Eun selepas mereka melakukan pemeriksaan di hospital baru-baru ini.

"Ketika ini kandungan Kyung Eun masih di peringkat awal dan mahu isterinya menjaga kandungan itu dengan sebaiknya," kata sumber.

Yoo Jae Suk dan Na Kyung Eun mendirikan rumah tangga pada Julai 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Yoo Ji Ho yang selepas setahun berkahwin.

Ternyata berita itu mengejutkan peminat dan rata-rata mereka turut gembira dengan berita yang dikongsikan ini serta mendoakan kandungan tersebut sihat.

Sumber: Soompi