Penyanyi Indonsia, Judika akui album terbarunya amat istimewa kerana lagu-lagu yang dihasilkan melibatkan karya peminatnya.

Menurut Judika, konsep pertama yang dicadangkan sewaktu penghasilan album tersebut adalah penglibatan peminatnya.

“Satu pertandingan penulisan lagu telah diadakan dan Judikaholic (nama peminat) yang mempunyai bakat menulis diminta untuk menghantarkan karya – karya mereka.

“Pertandingan tersebut dianjurkan dengan kerjasama sebuah televisyen yang telah menayangkan sebuah rancangan khas bertajuk ‘A Night With Judika’.

“Kami telah menerima sebanyak 400 karya sepanjang pertandingan yang berlangsung dari bulan April hingga Jun 2016.

“Saya terfikir mahukan konsep inu kerana peminat amat berharga buat saya dan saya rasa lebih dekat dengan mereka,” katanya.

Tambah Judika lagu bukan senang untuk memilih yang terbaik kerana peminat yang menghantar karya-kerya mereka semuanya hebat belaka.

“Judikaholic amat bersemangat mengikuti rancangan ini. Saya dan kumpulan produksi saya berasa amat mencabar untuk memillih karya-karya yang diterima.

“Setelah menjalani proses pemilihan yang ketat, kami berjaya menentukan lima karya yang kemudiannya akan disertai ke dalam album terbaru saya nanti.

“Salah sebuah lagu yang dipilih adalah Jadi Aku sebentar Saja yang merupakan hasil karya penulis lagu Drajat.

“Saya telah tertarik dengan lagu tersebut sejak kali pertama saya mendengar demonya. Lagunya sederhana, tetapi menawarkan tema yang kuat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Judika juga memberitahu lagu tersebut merupakan sebuah lagu balada yang indah.

“Lagu tersebut telah digubal semula oleh Tohpati dan menjadi sebuah lagu balada yang indah dengan isian okestra yang cukup hebat.

“Dari demo versi aslinya, saya juga telah mengubah bahagian ‘bridge’ dengan versinya sendiri, sehingga karakter lagunya lebih sesuai dengan saya

“Lagu ini juga agak mencabar untuk saya kerana saya perlu membawakan lagi tersebut dengan nada tinggi di beberapa bahagian,’ jelasnya.

Single “Jadi Aku Sebentar Saja” ini boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.