Aksi seorang atlet kacak yang sering mengenyitkan mata ketika beraksi di gelanggang menjadi perhatian pengguna laman sosial.

Video berdurasi satu minit itu memaparkan aksi atlet tersebut dan dirakamkan sekitar Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang sedang berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan.


Sehingga kini, video itu mendapat 2.8 juta tontonan serta menerima hampir 38,000 komen netizen serata dunia.

Mari kenali atlet kacak yang bernama Shaolin Sandor Liu:

1. Liu merupakan seorang atlet 'short track speed skating' dan mewakili negara Hungary.

2. Di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018, Liu bertanding dalam acara 1500 meter. Liu menduduki tempat kelima dalam acara tersebut.

3. Berusia 23 tahun, wajah kacak Liu merupakan hasil daripada perkahwinan campur. Bapa Liu berasal dari China dan ibu Liu merupakan rakyat negara Hungary.

4. Sebelum terlibat dengan serius dalam acara 'short track speed skating', Liu menceburkan diri dalam sukan renang.

5. Liu kini sedang menjalinkan hubungan dengan atlet British, Elise Christie. Elise juga merupakan atlet dalam sukan 'short track speed skating'.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Carian Google