Penyanyi Elyana menjawab dakwaan seorang peminat di laman Instagram yang menuduhnya dengan kata-kata kesat.

Elyana memuat naik tuduhan netizen yang menggunakan 'username' @emmazima menerusi sebuah entri yang dimuat naik beberapa hari lalu.

Netizen itu menuduh Elyana seorang 'bit*h' dan mendakwa penyanyi tersebut dahagakan perhatian.

Lebih buruk, netizen itu juga menghamburkan kata-kata kurang sopan terhadap Elyana yang kini sedang menghidap limfoma tahap empat.



"Such a bit*h! No manners... Artis suam-suam kuku yang dahagakan perhatian. Gatal sangat pergi bagi tahu yang kau kena kanser... untuk minta simpati.

"Lepas tu tunjuk pula yang kau tu suka gaduh sana sini. Duk layan apa yang orang kata dekat kau. Hoi... Kalau dah tahu nak mati pergi dekatkan diri dengan Allah.

"Bukan layan gaduh dengan orang. Stupid! Cakap je lah kau bagi tahu kau kena kanser tu sebab malu kau tersingkir. Dah memang suara kau tak sedap. Dah sakit tu duduk diam-diam je la kat rumah. Stupid!" tulis @emmaazima.

Tidak melenting, Elyana tenang menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh netizen tersebut.

"Alhamdulillah... saya tak tau apa salah saya dengan awak dan yang lain-lain. Semoga semua kata kata anda terhadap saya berbalik kepada anda, serta keluarga yang anda sayangi.

"Saya tidak pernah menggangu anda, serta keluarga. Jika saya ada reply comment, dengan ayat yang tidak boleh anda terima kerana anda merasakan ianya kasar, sama juga seperti saya.

"Saya juga punya perasaan dan punya keluarga yang masih mempunyai perasaan. Takkan kerana artis, saya tidak layak untuk membela diri saya ketika orang rancak menghina? Apa yang boleh saya katakan disini,susah untuk saya memaafkan anda," balas Elyana pula.

Rata-rata pengikut laman Instagram Elyana menyelar tindakan @emmaazima yang menghamburkan kata-kata biadap terhadap Elyana.

Peminat juga turut menasihatkan penyanyi lagu Kalis Rindu itu agar tidak mempedulikan kata-kata nista tersebut dan mahu Elyana meneruskan kehidupan seperti biasa.

Sekitar November tahun lalu, Elyana mengejutkan dunia hiburan selepas mengumumkan dirinya menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat selepas diumumkan tersingkir di minggu kelima pertandingan Gegar Vaganza 4.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Alhamdulillah...saya tak tau apa salah saya dengan awak,dan yang lain-lain.Semoga semua kata kata anda terhadap saya berbalik kepada anda,serta keluarga yang anda sayangi. Saya tidak pernah menggangu anda,serta keluarga.Jika saya ada reply comment,dengan ayat yang tidak boleh anda terima kerana anda merasakan ianya kasar,sama juga seperti saya.Saya juga punya perasaan dan punya keluarga yang masih mempunyai perasaan. Tak kan kerana artis,saya tidak layak untuk membela diri saya ketika orang rancak menghina? Apa yang boleh saya katakan disini,susah untuk saya memaafkan anda.

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on