Pelawak anggota kumpulan Puteh, Ali mengingatkan anak didiknya supaya mengambil serius dalam setiap perkara yang ingin dilakukan jika mahu bergelar seorang pelawak.

Menurut Ali, kebanyakan mereka menganggap bergelar pelawak merupakan sesuatu perkara yang mudah.

"Apa yang saya perhatikan, ramai orang ingat jadi pelawak ni mudah sehingga ada yang buat lawak sambil lewa.

"Saya sering mengingatkan anak didik saya dalam Gegar Lawak ini supaya ambil serius setiap perkara yang mereka ingin lakukan atas pentas.

"Jadi dalam kelas saya tiada istilah bermain kerana saya mahu mereka semua fokus dan bersungguh-sungguh menghiburkan penonton dengan jalan cerita yang menarik.

"Saya bukannya garang pun tapi saya harus tegas dalam kelas supaya mereka ini serius kerana tiada siapa dapat membantu mereka jika diri sendiri tidak mahu lakukan yang terbaik," katanya kepada Astro Gempak.

Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.

Selain Ali Puteh, program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik dan Dzawin sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.

Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.

Gegar Lawak bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK

Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi