Penyanyi Tajul mengakui selesa dan mudah untuk mendapat keserasian bersama Wany Hasrita.

Menurut Tajul, keserasian yang ada membuatkan mereka mudah untuk berduet dalam lagu dan dia tidak menolak untuk berduet semula jika diberikan peluang.

"Sejujurnya, saya akui selesa jika berduet bersama Wany kerana kami mudah untuk mendapat chemistry ketika bersama.

"Mungkin perkara ini disebabkan kami dah biasa dan masing-masih sudah faham perangai antara satu sama lain.

"Rasanya jika diberi peluang saya ingin terus untuk berduet dengan Wany namun perkara itu harus mengikut kepada kesesuaian lagu.

"Saya juga tidak menolak untuk berduet dengan penyanyi perempuan lain namun memerlukan sedikit masa untuk mencipta keserasian," katanya kepada Astro Gempak.

Dalam perkembangan yang lain, Tajul bakal melancarkan mini album yang mengandungi lima buah lagu Mac ini.