Filem: Black Panther
Genre: Sains Fiksyen, Aksi, Fantasi
Pengarah: Ryan Coogler
Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Angela Basset, Forest Whitaker
Bintang: 4.5/5

Adiwira Black Panther bukan karakter yang popular dalam koleksi Marvel Studios.

Tidak mustahil ramai yang tidak meletakkan ekspektasi terlalu tinggi untuk naskhah sulungnya.

Namun, seperkara yang harus diakui, filem arahan Ryan Coogler ini sebenarnya salah satu naskhah terbaik yang pernah dihasilkan Marvel Studios!

Arahan seni, sinematografi, konsep dan jalan cerita Black Panther serba indah dan berwarna-warni.

Berkesempatan naskhah hebat ini sempena tayangan perdana Black Panther bersama Gempak FC baru-baru ini, kami senaraikan 5 sebab anda patut tonton filem ini.

1. Jalan cerita

Lari daripada klise penceritaan asal-usul, filem ini terus melompat ke babak konflik perebutan kuasa di Wakanda.




2. Set produksi

Wakanda diterjemahkan sebagai salah sebuah wilayah fiksyen tersembunyi di Afrika yang memiliki teknologi terbaik hasil perlombongan vibrium (elemen besi terkuat di dunia).

Teknologi yang dibina dengan jalinan budaya primitif Africa. Super love!

3. Pelakon

Ibaratnya setiap pelakon dilahirkan untuk mendukung peranan dalam filem Black Panther.



4. Skor muzik

Kali pertama mendengar muzik hip hop dan R&B digabungkan dengan instrumen tradisional Afrika.

Skor muzik yang sangat segar dan tersendiri!

Kendrick Lamar, SZA, James Black dan The Weeknd antara penyanyi yang terbabit dalam soundtrack filem ini.



5. Kostum

Warna-warna yang dipilih mewakili setiap puak di Wakanda sangat ikonik. Terang dan sarat motif budaya Afrika.

Malah, sut Black Panther juga kelihatan gagah, berani dan lincah. Ironi dengan sifat seekor harimau bintang.



Apapun, anda pasti akan teruja untuk menantikan Avengers: Infinity War selepas menyaksikan ending credit filem ini! Jangan pulang awal.

Teks oleh: Amri Hassan