Buat pertama kalinya pelakon Sari Yanti mendedahkan foto terbaru yang menampakkan ‘baby bump’.

Foto itu dimuat naik Sari menerusi akaun Instagram (IG) peribadi selepas suaminya pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mengesahkan berita kehamilannya semalam.

Sari juga menyatakan rasa syukur kerana kandungannya berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah semua baik baik je, terima kasih doakan kami- Kakak awak checkup hari ni - terjumpa @jozlynnhanania #ameenuntukdoayangbaikbaik,” tulisnya.

Alhamdulillah semua baik baik je , tima kasih doakan kami ?- Kakak awak checkup hari ni ? - terjumpa @jozlynnhanania #ameenuntukdoayangbaikbaik

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anak pasangan tersebut.

Mereka juga memuji wajah Sari yang kelihatan semakin cantik dan berseri selain mendoakan kesejahteraan artis kesayangan mereka.

[[BACA: “Alhamdulillah, Saya Bakal Bergelar Ayah” – Jep Sahkan Sari Yanti Hamil]]

“Tahniah kak Sari cantik. Semoga dipermudahkan”, - @mamanadanish

“Alhamdulilah tahniah kak @sariyanti dan abang @jepsepahtu, dengar kat radio era pasal kehamilan, kita pula yang teruja mendengarnya. Moga semuanya selamat dan dipermudahkan,” -@fatin_zaah95


Foto: Instagram @sariyanti