Penyanyi Hafiz Suip akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhammad Riyadh Zafri yang dilahirkan pada 31 Disember 2017.

Selain Hafiz, isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah juga berkongsi foto anaknya menerusi entri terbaru di Instagram (IG) hari ini.

Foto berkenaan juga turut diserta dengan kapsyen:

Assalamualaikum,salam subuh dan selamat pagi kepada semua yang saya hormati sekalian..FII AMANILLAH...bersyukur ke hadrat illahi atas kurnianya cahaya mata saya yang memberi makna dalam kehidupan saya isteri dan sekeluarga..dan Alhamdulillah pada hari ini tamat sudah pantang isteri saya dan saya ingin berkongsi sedikit kegembiraan yang kami rasai utk semua.. Photo ; @thephotolicious #HafizEffy #HafizEffyJR #mybabyRZ #46daysoldtoday #throwbackwhenhewas22daysold #forevermine

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on


"Assalamualaikum, salam subuh dan selamat pagi kepada semua yang saya hormati sekalian. Fii Amanillah. Bersyukur ke hadrat illahi atas kurnianya cahaya mata saya yang memberi makna dalam kehidupan saya isteri dan sekeluarga.

"Alhamdulillah pada hari ini tamat sudah pantang isteri saya dan saya ingin berkongsi sedikit kegembiraan yang kami rasai utk semua," tulis Hafiz.



"Assalamualaikum dan Selama Pagi kepada semua, kami gembira untuk memperkenalkan putera kami Muhammad Riyadh Zafri Bin Mohd Hafiz. Dia dilahirkan pada 31/12/2017 dengan berat 3.18kg," tulis Nureffy.

Menerusi ruangan komen, pengikut IG memuji dan terpikat dengan wajah comel Riyadh.

Mereka juga mendoakan agar Riyadh membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.