Malam ini memasuki episod ke 18 drama Lafazkan Kalimah Cintamu dan nampaknya semakin menjadi kegilaan ramai.

Lebih-lebih lagi apabila Tengku Ryan Ameer ( Datuk Farid Kamil) sudah semakin sweet terhadap isterinya, Tengku Aqilah (Nelydia Senrose).

Di ruangan komen Instagram Farid dan Nelydia, rata-rata penonton Lafazkan Kalimah Cintamu semakin teruja mengikuti setiap episod drama 32 episod tersebut.

Selain memuji lakonan mantap Farid dan Nelydia, mereka juga sukakan watak Tengku Ryan Ameer atau Ku Ryan yang sudah mula mengambil berat terhadap Ku Aqilah (Tengku Aqilah).

Walaupun drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah itu merupakan yang terpanjang di slot Mega Drama setakat ini, penonton setia menanti setiap hari di depan kaca televisyen.

Ada juga yang menggelarkan Tengku Natasya, watak yang dilakokan pendatang baru Nadiyah Shahab sebagai penyibuk dan berharap agar Ku Ryan tidak kembali kekasihnya itu serta cepat-cepat berbaik dengan Ku Aqilah.

Wow! Nampaknya lakonan Nadiyah menjadilah ya, sehingga ada yang betul-betul benci dengan sifat gedik dan bimbonya dalam drama tersebut.

Apa-apa pun, pastikan anda semua tidak terlepas menonton drama arahan Along Kamaludin terbitan SR One Sdn Bhd ini kerana selepas ini lebih banyak lagi babak-babak menarik yang dapat ditonton.

Saksikan Lafazkan Kalimah Cintamu sehingga episod terakirnya pada 8 Mac depan, yang dibawakan oleh Flavettes Effervescent, Inspirasi kejelitaanmu dengan Glutathione dan Vitamin E.

Ketahui lebih lanjut tentang Flavettes Effervescent di https://www.facebook.com/FlavettesMalaysia/ dan http://bit.ly/2l2xEXi.