Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mengesahkan isterinya pelakon Sari Yanti sedang hamil anak sulung mereka.

“Benar, isteri saya sedang hamil. Doakan yang baik-baik ya, semoga urusan kami dipermudahkan.

“Kepada yang mendoakan, terima kasih banyak-banyak...Hanya Allah S.W.T yang membalasnya,” katanya.

Jep berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai foto yang dimuat naik aktres Fasha Sandha di Instagram (IG).

Menerusi entri tersebut Fasha secara tidak sengaja memberitahu Sari sedang hamil.

"Fun moments with the famous and talented @tiarzainal and gorgeous preggy mom talented actress @sariyanti. Thank You EH and Dior Malaysia @abidinkhairul and team," tulis Fasha.

Perkongsian Fasha menerusi kapsyen tersebut sedikit sebanyak memberi kejutan kepada orang ramai mengenai berita kehamilan Sari.

Mungkin semuanya terjadi secara tidak sengaja, tetapi pastinya ramai peminat yang terkejut dan gembira mendengarnya.