Pelakon Sheila Mambo terkejut apabila berita kemalangan kecilnya beberapa hari lalu tular di media sosial.

Kata Sheila, dia dihubungi keluarganya sejurus membaca berita yang ditulis di beberapa buah blog tempatan.

"Terkejut berita ini sampai tular, pagi-pagi hari keluarga saya menghubungi saya dan ada yang sampai depan rumah untuk mengetahui kesahihan berita.

"Saya sihat. Cuma sedikit sahaja kemalangan dan yang rosak hanya di cermin sisi kereta saya.

"Walau apapun, saya maafkan kekhilafan mereka yang sebarkan berita ini," tulisnya di Instagram.

AsSalamualaikum Semoga kita semua berada dalam naungan Allah dan Rasul.. Aamiin. Terkejut berita ni sampai menular, pagi2 hari my family, uncle aunty call /msg dan ada yg sampai depan rumah utk kesahihan berita. MashAllah, saya sihat dn Alhamdulillah.. Cuma sikit jer kemalangan yg rosak hanya side mirror. Saya sendiri yg post kat FB, namun ada cerita 'budi dn hati' disebalik kejadian. Walau apa pun saya maafkan kekhilafan mereka yg sebarkan berita ini. Maaf zahir batin.

A post shared by sheila mambo/ sheila hassan (@sheilahassan) on



Sheila berdepan detik cemas apabila cermin sisi kanan kereta yang dipandunya dilanggar oleh sebuah kereta lain yang memasuki laluannya.

Kejadian yang berlaku di Bangsar, Kuala Lumpur itu dipercayai terjadi selepas dia menghantar pesanan pulut kuning di sebuah masjid.

Namun, Sheila menjelaskan dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan individu yang melanggar kenderaannya sudah menguruskan kerosakan yang berlaku.

Pelakon itu turut berkongsi kisah menariknya dengan jejaka berbangsa Cina yang terbabit dalam kemalangan kecil itu.

Terharu cerita harini.. Tadi dr pagi menyiapkan oder, kul 10 gerak delivery, sampai bangsar balik nk delivery utk masjid ,selesai jer, tgh drive balik 1 kereta myvi makan jalan langgar side mirror belah kanan. Saya tengok bertabur cermin jatuh dan side mirror saya terarah kedepan (nasib baik tak patah). Hati mula berkata 'mashAllah ujian apa harini Allah nk bg tahu saya'. Myvi tu bg signal berhenti ke kiri jalan. Saya ikut. Seorg muda berbangsa China turun dr jauh angkat tangan sambil ckp sorry kakak berkali-kali.??. Saya senyum jer, tanya dia kenapa mkn jalan saya,? dia jwp fikiran saya td kelain. Saya ckp hati2 next time. Nama dia Joe. Joe ckp ada apa yg rosak akk? Kakak tak cedera ke? Fasih berbahasa dn tinggi budinya. Saya ckp akk ok, yg rosak side mirror sambil tunjuk. Joe tanya mana mirrornya sbb tinggal casing jer. Saya ckp jatuh di belakang atas jalan. Dia suruh saya tunggu dlm kereta sbb jalan busy sgt bahaya katanya. Saya nampak kesungguhan dia berlari ambil mirror saya ditgh jalan bsr wei! Joe dtg dlm 2 minit lepas tu bwk cermin retak seribu?. Dia ckp kakak ambil no phone saya miss call saya skrng, dan snap ic saya sekarang. Kakak pergi workshop bagitahu saya berapa harga , tp jgn mahal sgt kak! Saya ckp ok. Nnt saya call. So saya g workshop kena tukar 1 biji 2nd hand side mirror. Motor rosak didalam. Kena rm200+ gst rm12. So saya suruh dia trasnfer direct ke acnt workshop. Dia transfer rm220. Saya snap resit semua selesai. Kemudian casher bg baki rm8, saya call Joe ni baki awk kasi acnt no akk nk tarnsfer. Joe ckp akk kita jd kawan ey.. Nnt kita jumpa akk belanja saya teh! Saya ckp ok! Thank you Joe. Lepas tu dia wsap ckp akk apa no kereta ey? Saya bg no dn tulis 'magnum ke? ' hahaha dia jwp esok saya nk beli, nk raya cina ma... Kena je... kita 2 org tukar kereta baru! Apa yg saya belajar iktibar dr kejadian. 1. memudahkan urusan org lain, inshAllah Allah mudahkan segala urusan kita. 2. Tak kisah apa bangsa pun kita doakan yg baik2 utk dia. Alhamdulillah...

A post shared by sheila mambo/ sheila hassan (@sheilahassan) on



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @sheilahassan