Penyanyi Adira tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.

Adira juga meluahkan keinginan untuk menimang cahaya mata kembar.

Bagaimanapun kata Adira anugerah tersebut bergantung kepada rezeki yang dikurniakan oleh tuhan.

“Saya sendiri pun sudah mahu menjangkau usia 30 tahun manakala Anggrek nak masuk 11 bulan.

“Saya tidak merancang tetapi andai kata ada dikurnikan zuriat kedua, Alhamdulillah.

“InshaAllah, kalau ada rezeki saya pun teringin nak dapat anak kembar juga. Keluarga saya di sebelah ibu ada genetik kembar.

“Sebenarnya saya juga mempunyai kakak kembar tetapi umur mereka tidak panjang,” ujarnya.

Adira ditemui pada majlis pelancaran muzik video artis dibawah label Rocketfuels di Red Box Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

[[BACA: “Apa Saya Boleh Buat? Tak Payah Layanlah” – Adira Tahan Kecaman]]

Dalam perkembangan terbaru, Adira yang bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel muncul dengan single terbaharu berjudul Sembunyi.

Single yang dilancarkan pada 2 Februari lalu itu merupakan hasil ciptaan Alif Sleeq.

Foto: Instagram @adira.suhaimi