Diam tak diam artis kontroversi, Fathia Latiff muncul dengan lagu remake Sakit nyanyian asal kumpulan IamNeeta.

Lagu yang digubah semula oleh Patrick Anohada itu dinyanyikan semula oleh Fathia dalam versi baharu lengkap sepotong klip video yang dimuat naik menerusi Instagram pelakon itu semalam.

Rata-rata memberikan maklum balas positif terhadap kualiti nyanyian Fathia dan turut tersentuh dengan suntingan klip video lagu tersebut.

"Lebih sedap berbanding versi original," puji @safrizal.sabri.

"Ingatkan lagu dia, rupa-rupanya lagu orang lain. Tapi okeylah," tambah @riff_sherry.

"Sakit hati ini bila tengok awak menangis," tulis @joyie4610.

"Apalah agaknya di sebalik emosi dan kesedihan dalam video ini. Saya boleh merasakannya," tulis @13.spiritz.

"Saya rasa Fathia perlu masuk bidang nyanyian pula, suara dia memang merdu, memang terbaik," puji Aisyah Hashim.

Video lagu Sakit versi Fathia berdurasi 1 minit 17 saat itu juga dimuat naik di platform YouTube dan sudah ditonton lebih 6,000 kali sejak malam tadi.

Di sebalik kekecewaan, ramai peminat Fathia sudah tidak sabar menantikan versi penuh klip video dan lagu cover itu.



Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @fatiyalatiff, YouTube