Johan Tewaskan Ozlynn Dalam Pertandingan Memasak

21 September 2016. 2.51 PM
136,790
Gaya Hidup
Johan Tewaskan Ozlynn Dalam Pertandingan Memasak

Kecoh apabila penyampai radio Era, Johan menewaskan isterinya, Ozlynn Wati dalam pertandingan memasak Celebrity Cook Off anjuran Go Shop bersama Suudu pada Selasa.

Johan bersama ahli kumpulannya Awal Ashaari dan Dynas bagaimanapun hanya memenangi kategori "Main Course" apabila berjaya menonjolkan hidangan terbaik dalam Chicken Marinara Pasta.

Sementara itu kumpulan yang diwakili Ozlynn, Scha Al-Yahya dan Lisa Surihani dipuji juri Chef Mune kerana hidangan mereka, Soba Noodles with Pan Fried Chicken mempunyai rasanya yang tersendiri.

Bagaimanapun keputusan menjadi seri apabila kumpulan Ozlynn, Scha dan Lisa telah memenangi kategori "appertizers" dengan hidangan mereka, Salmon Salad Avocado Bruchetta dan menewaskan Salmon Mango Fruit Salad disediakan Johan, Dynas dan Awal.

Menariknya, gelagat mereka di dapur Eat With Mune ketika menyiapkan dua hidangan itu membuatkan tetamu yang terdiri dari wakil media tidak kering gusi.

Cabaran mereka bukan sahaja memasak tetapi turut diberi tugasan untuk menggunakan semua perkakas Go Shop sepanjang pertandingan berlangsung.

Pengacara Go Shop, Aina Wahida Amran dan Hazim bertindak sebagai jurucakap yang memberi penerangan tentang produk yang digunakan.

Antara peralatan dapur yang mereka gunakan seperti Happycall Frying Pan Set, Konstar Master Chopper Set dan Shimono Core X Multifunctional Blender dan banyak lagi.


Artikel Berkaitan


Komen